December 3, 2011

Be Appointed

Bismilllahirrahmanirrahim


Setelah anda bersetuju dengan jawatan @ kuasa @ pangkat, maka anda akan memikul satu tanggungjawab terhadap sesuatu.


AMANAH


“Sesungguhnya sebaik-baik orang yang kamu ambil bekerja ialah 
orang yang kuat, lagi amanah(al-Qashas, ayat: 26) 

Bukanlah senang untuk memikul sesuatu amanah, sedangkan...


Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) 
kepada langit dan bumi 
serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan 
bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka
 persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia
 (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) 
Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan 
suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (al-Ahzab, ayat: 72)




Dan  pula apabila amanah itu tidak dijalankan...


“Empat perkara, barangsiapa yang memiliki kesemuanya maka dia adalah
munafiq yang sebenar dan barangsiapa yang memiliki salah satu daripadanya
maka dia telah memiliki salah satu daripada sifat munafiq dan dia 
kekal memiliki ciri-ciri munafiq sehingglah dia meninggalkannya: 
apabila diberi amanah di khianat, apabila berkata dia menipu, 
apabila berjanji dia mungkiri dan apabila bermusuhan dia berlaku jahat”. 
(Shohih Muslim – Hadis ke 88)




Kenapakah jawatan ini disebut AMANAH? Ia seolah-olah menunjukkan bahawa orang yang amanah sahaja yang layak memegang jawatan. Inilah perkara yg disebut oleh Nabi Yusuf ketika menawarkan diri untuk satu jawatan iaitu menteri kewangan, firman Allah :




Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir);
Sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, 
lagi mengetahui cara mentadbirkannya". (Yusuf, ayat: 55)




Aku x sehebat seorang ulama' apalagi nabi,


Layakkah aku? 


Moga-moga aku mampu memikul amanah yang dipikulkan oleh Allah berdasarkan syura (main boards)..


' Tidak Allah beban sesorang itu melainkan dengan keupayaannya'