December 6, 2011

Jam'iyatul Khadamatil Quran (JKQ)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,

Pertama dan selamanya saya ingin merafa' kan kesyukuran kepada Allah Taala kerana dengan limpahan kurnianya saya masih lagi diberikan peluang untuk bernafas dan menghirup oksigen di atas muka bumi ini. 
Selain itu juga, bersyukur juga kepada Allah Subhanahu wata'ala diatas nikmat iman, islam dan ehsan yg diberikan..

Alhamdulillah..

Pembaca yang saya hormati sekalian,

Pada tarikh 5 Desember 2011, hari Isnin, baru- baru ini, sy telah di amanah kan oleh majlis syura ex- main boards JKQ untuk menerajui kelab itu selama 2 semestar. Ini adalah suatu amanah yang amat berat kepada saya kerana jika hendak di kira dari segi pengalaman saya dalam kelab dan ilmu tentang pengurusan ini amat lah sedikit. 

Disingkap kembali, beberapa hari sebelum AGM JKQ diadakan, saya telah mendapat mesej dari seorang hamba Allah ini, bertanya samaada saya bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada committees di dalam organisasi kelab dan memberikan aku masa selama 3 hari untuk membuat kputusan. 

3 hari berlalu, tidak ku fikirkan secara mendalam tentang hal ini. namun, memang sedikit sebanyak wujud juga niat untuk menjadi sebahagian dalam organisasi kelab itu. Selepas 3 hari, aku bersetuju.. aku bertawakkal kepada Nya.

Sehari sebelum AGM, sy mendapat mesej drpda hamba Allah yang sama itu, menyatakan bahawa aku dipilih secara Syura oleh main boards lepas untuk menerajui kelab ini. 

Ya Allah, ini memang luar dari apa yang aku jangka. 

Aku jangkakan post yang mungkin dipegang adalah ketua biro atau pmbantu ketua biro......

tetapi.. aku telah dipilih untuk menjada ketua kepada ketua biro..

ini adalah satu amanah, tanggungjwb yang harus aku pikul...

Aku memikirkan tentang kelemahan, kesilapan, kekurangan yang ada dalam diri aku, jauh nun ke hujung dunia, setinggi gunung everest, memang aku x layak memegang jawatan ini.

Teringat kata-kata kak Fad, sebaik amanah diterima, sebelah kaki berada di NERAKA. Maksud nya, andai amanah ini tidak dipikul dengan seelok-elok nya, maka jatuh tersungkur kedalam NERAKA  itu. NA'UZUBILLAH ...

Keputusan mereka adalah syura,
Teringat 1 kisah yang di ceritakan oleh kak Rohani, tentang syura, pernah didalam 1 perang, Nabi Muhammad bertanyakan kepada para sahabat tengtang strategi melawan musuh dan 1 keputusan telah di putuskan secara syura. tiba2 seorang sahabat datang kepada Nabi dan memberikan 1 lagi cadangan. Namun, cadangan itu di tolak oleh Nabi dan berpegang kepada keputusan yang telah di tetapkan oleh syura.. kerana Nabi percaya bahawa keputusan Syura itu adalah dari ALLAH..

Betapa besarnye kuasa syura ini. sesungguhnye, syura itu hasil persepakatan perbincangan suatu kumpulan, namun keputusan itu adlah dari ALLAH..

Bak kata solehin, walaupun keputusan dibincang dan ditetapkan oleh manusia, tetapi sebenarnya keputusan penjawatan itu adlah dari ALLAH. bermaksud, ALLAH telah memilih kamu untuk menerajui kelab ini. syura itu adalah sekadar wasilah

Sesungguhnya Allah tidak akan menguji sesorang itu dengan sesuatu yg mana dia tidak mampu menghadapinye

Allah tidak akan menguji aku dengan sesuatu yang aku tidak mampu lakukan, bermakna aku sebenarnya mampu melakukan nya. 

Aku cuba memotivasikan diri aku dan berfikiran positif.. 

Tugas yang diberikan kepada amatla berat, namun aku yakin dengan rakan seperjuangan yang ada, insyaallah, mampu menaikkan nama JKQ. aku mengharapkan sepenuh komitmen agar tenure ini menjadi tenure yang terbaik dari tenure2 lepas.
Insyaallah..

Aku berharap agar banyak ilmu dan pengalaman yang akan dapat sepanjang mempejuangkan kelab ini dan semoga ia memberi manfaat kepada aku dan rakan2 dimasa akan datang.

Tak lupa kepada bekas-bekas pimpinan agar memberikan bimbingan, nasihat da tunjuk ajar kerana kami pimpinan baru masih gering  dan amat dahaga kan ilmu dan tunjuk ajar dari pimpinan yang lepas. Curahkan lah ilmu sebnyak yang mungkin agar ia nya menjadi saham buat orang yang memberi dan berguna buat orang yang menerima.

Akhir kalam,  terima kasih diucapkan kepada pimpinan lepas kerana telah banyak membantu menaikkan nama JKQ dan berjuang demi menaikkan syariat iSLAM..

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

JOM KENAL QURAN.=)

Ya Allah, Kau bimbing lah kami, tunjukkan lah kami kejalan yng benar, permudahkan kami dalam manaikkan agama Mu dan melahirkan modal insan muslim yang berjiwa rabbani..

name tag

Solihin, Roy and Haidi

Quranic recitation by Bro Haq

Advisor, Dr Syamsuddin, Bro Kasim, Bro Yazid, ..... Solihin 



aku


 

1 comment:

dino said...

tahniah koperal ! :)