December 6, 2012

Terima Kasih Duhai Isteri

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang

lama sudah meng'update' kan blog sendiri. disebabkan lama x update, lupa segala2 nye.

alhamdulillah, hidup sebagai bujang amat berlainan dengan hidup berpasangan. Setelah hidup berpasangan, Allah murahkan rezeki dengan dianugerahkan zuriat yang bakal lahir.

satu kejutan buatku, dari isteri tersayang.. pada hari sabtu yg lalu, (10/11/12), sedang aku sibuk berprogram kat taman layang2, kepong, datang la sekumpulan geng SUKSIS ke tempat program aku tu. sekali intai, dua kali intai, isteri ku pon ade jgak!! HERAN BIN AJAIB BIN PELIK! kenapa die n d geng datang? kelam kabut sekejap, wlaupun duk tengah kalut pon sebenarnye time tu.
* tengah kalut nak briefing committee tntng checkpoint

kemudian, my wife pon panggil dari jauh. nak x nak, aku tinggalkan briefing yg blm sempat aku buat. berlari ke arah isteriku (ms tu die x sihat). aku bertanyakan, kenapa die dtg..

 isteri: abang, na pregnant (sambil berkecucuran air mata nya..hu3.)

Ya Allah! Subhannallah!Alhamdulillah! Allahuakbar! Dihadapan khalayak geng2 JKQ & SUKSIS, aku memeluk isteri ku.. ya Allah, amat bersyukur.. Rasa nak melompat, tp depan2 budak2 tsiqoh ni, x jadi. hehe..

Ya Allah, syukur ke hadrat Mu kerana menganugeriku zuriat. Moga2 zuriat yang bakal lahir suatu masa nanti, menjadi aset kepada kami dikala kami dialam kubur nanti. moga2 anak yg dilahirkan nnt menjadi anak yg soleh@solehah.

Kepada Isteri ku Nor Azlinahazirah binti Mohamed, terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dri hidupku, keluargaku, menjadi IBU kepada zuriat ku, mengandungkan zuriat kite, alahan pagi, petang, siang, malam, semua nye sbb abg.. trima kasih sayang, moga2 Allah permudahkan segala nya buat ayang.. moga2 ayg menjadi contoh ibu yg solehah

Alhamdulillah..............................................


No comments: